Skip to main content

STRATEGI PEMASARAN TANPA MODAL


========

Ramai hari ni yang tanya bagaimana nak buat pemasaran tanpa perlu keluarkan modal atau lebih dikenali dengan panggilan Zero Kos Marketing

Sebenarnya ada banyak cara untuk buat pemasaran tanpa perlu keluarkan modal atau kos. 

dan ia menjadi satu mitos apabila orang kata jika mahu mengembangkan perniagaan memerlukan banyak duit lebih-lebih lagi yang melibatkan pemasaran.



Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil jualan dengan cara Zero Kos Marketing.

Antaranya adalah dengan:


1) Media Social


Hari ini, Media social adalah sebahagian dari gaya hidup dan ramai orang telah menggunakan platform Media Sosial sebagai platform untuk memasarkan perniagaan mereka.

Tapi malangnya tidak ramai yang menggunakan media sosial dengan cara yang betul. Kenapa Salah?

Mereka beranggapan, hanya dengan membuat posting di media sosial sahaja boleh menghasilkan jualan dan cara ini salah.

Dalam platform Media sosial, apa yang disarankan adalah engagement. Hanya dengan engagement sahaja Boleh menghasilkan jualan. 

Atas faktor itulah media Social ditubuhkan, untuk bersosial. Dengan kata lain, bentuklah engagement  (berhubug) antara satu sama lain.


2) SEO (Search Engine Optimization)


Bunyinya macam canggih. Tapi ini adalah salah satu cara untuk memasarkan perniagaan tanpa perlu mengeluarkan kos.

SEO ini akan membantu menaikan ranking website bagi tujuan untuk meningkatkan traffik dan jualan.


Inilah fungsi SEO. Membantu untuk menaikan ranking website kelaman carian google.

Hari ini, majoriti peniaga kecil dan sederhana, mereka tiada website. Ini akan menyukarkan pelanggan untuk mencari dan tahu kewujudan perniagaan mereka di Google.

Nak pakai Teknik SEO, perlukah ada website?

Sebenarnya widak perlu ada website sendiri. Ini kerana anda Boleh menggunakan teknik SEO pada media social Facebook page. Kerana Facebook Page juga mempunyai authority SEO dalam google.


Jika anda perhatikan, Facebook Page keluar di laman carian google. Ini menunjukan bahawa, SEO juga mesra dengan facebook Page.

Jadi jika anda tidak mempunyai website anda boleh gunakan Facebook page untuk menggunakan teknik SEO ini.

Jadi sekarang, tidak ada sebab lagi untuk anda tidak boleh mempunyai website dan tidak boleh menggunkan teknik SEO ini.

Jadi, nak belajar teknik SEO?
Boleh Klik Link dibawah ini.

Asas Teknik SEO
Sila Klik disini -->> Asas Teknik SEO

Fundamental Teknik SEO adalah sama. tapi cara menggunakanya adalah berbeza mengikut platform.

Platform website seperti wordpress berbeza dengan Platform Wix. Begitu juga dengan Facebook Page.


Dalam perniagaan, anda boleh laburkan wang dan kos untuk iklan berbayar. Tetapi, jika ada pilihan untuk menggunakan kaedah tidak berbayar, kenapa tidak digunakan? 

Satu lagi pilihan sekiranya anda tidak dapat laburkan wang dan kos untuk iklan, anda perlu laburkan masa untuk mencari ILMU.


Semoga bermanfaat